"" ○|▲ FEEL the VIBES ϟ: Degree Dan Ramadhan

Wednesday, July 25, 2012

Degree Dan Ramadhan


Hello. I'm back. So masih tak terlambat untuk menyatakan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam kan? So, how's your puasa and tarawih? Masih penuh ke? Hehe. Aku try untuk penuhkan tarawih aku this Ramadhan. InsyaAllah, kalau bulan tak datang this Ramadhan, aku boleh puasa penuh! Hehe. 

And recently, on 13th July. It was Friday the 13th actually. Scary kan? Tapi aku bukan scary sbb Jason form movie Friday the 13th. Scary sbb masa tuh result degree keluar. My future depends on it. Seriously aku berharap sgt aku dapat first choice, which is Nutrition at UPM. But sadly aku tak dapat. Dengan debaran di dada, aku slow slow bukak UPU punya website. And jeng jeng jenggggg. Terkejut gila aku. Aku dapat course yang aku letak paling last sekali. Sains Pengurusan Sistem Maklumat (IM) at UiTM Puncak Perdana. Tbh, aku macam blur. Aku tak tahu apa feeling aku masa tuh. Happy pun tak, sedih pun tak. Entahlah. Maybe aku masih frust sbb tak dapat Nutrition. Tapi lama lama, aku sedar, I should be grateful dengan apa yang Allah dah berikan. Everything happens for a reason kan. At least aku dapat course yang aku sendiri pilih, bukan random course yang diberi oleh UPU. And thank God, my cousin pernah ambik course tu. Apa-apa boleh just rujuk dekat dia or her friends. Books and stuff. 

Ramai yang tanya aku. Course apa tuh? Apa itu Sains Pengurusan Sistem Maklumat? Aku pun sebenarnya tak lah tahu sangat about the course. Aku just tanya my cousin and carik bloggers yang ambik that course. Maybe ada yang kata, sebab apa aku pilih course tuh eventho pointer aku above 3.5? It was my 8th choice okay. Aku pun tak expect dapat choice yang ke-8. Okay, back to the persoalan. Actually, aku pilih course based on job prospects. I'm looking for job prospects yang meluas. Minat? Minat tolak ketepi dahulu. Bila dah belajar nanti, baru tanamkan minat. Macam dulu, aku benci gila Physics when I was Form 5. Then, bila masuk Matrics, aku gila suka subjek Physics! Physics is way easier than Biology. 

Nowadays, ramai freshieeee yg menganggur. Aku tak nak berada dalam kumpulan itu. Aku nak bila dah habis je study, ada job yang menanti. Kalau nak cakap about minat, aku minat arts. Tapi aku just jadikan arts as my hobby. Aku belajar Science pun sebab aku paksa diri aku to learn Science. To do well in all those subjects which are Physics, Biology, Add Maths and Chemistry. And yeah. Aku berjaya. Eventho tak dapat 4 flats, I'm proud with my result. Korang tak tahu betapa mencabarnya belajar di Kolej Matrikulasi, So, bila dah study about IM nanti, I'll try my best. InsyaAllah. Till then,  bye. Assalamualaikum :)


"If you keep on believing, the dream that you wish will come true" - Cinderella