Monday : 23 May 2011
Seriously lah kan , aku takde lah nervous sangat nak masuk matrix ni . Siap2 semua dalam pukul 7.15 camtuh , aku bertolak dar ruma , and sampai Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) . Diaorang guna sistem Drive Thru je . So , macam cepat lah kan . Dipendekkan cerita , masa nak berpisah dengan parents kan , aku tak dapat nak tahan air mata nih . Ye lah kan , you all faham-faham sendiri lah kan . Aku tak pernah pun stay asrama and jauh from family . :( Lepas dah salam semua , aku terus ke bilik air , menangis sorang2 . Sedih gila . And lagi sedih bila majoriti kawan2 aku dapat blok A . Shit . Aku dapat blok C . Then ,ada sesi photo shoot gambar kad matrix . Fedup betul aku dengan minah minah yang ptong queue aku . Whattafuck! Blazer yang dia kasi kan bapak lah besar nya . Then , kul 5pm ada taklimat at Dewan Mat Kilau (DMK) . Malam pulak ada taklimat about kolej kediaman . Then balik bilik pun agak lewat kot . Basuh baju , mandi , terus tidur .
----------------------------------------------------------------
Tuesday : 24 May 2011
Hari selasa , pagi pagi kena bangun awal cz nak rebut bilik air . kalau lambat , alamatnya tak mandi lah, kul 8pm ada ucaptama . Then , ada perkhidmatan kaunseling & kerjaya . Kul 2:30 pm ada program suaikenal & ice breaking . Ada lah macam xtvt in group kan . Malam ada talimat with Felo . Nak tahu Felo tu apa ? Felo tu macam warden lah . Tapi kat matri tu panggil macam tuh . Takde lah bunyi macam warden asrama sekolah je. Then keluar dewan agak awal lah kan . Aku pun tidur dalam 11:30 pm macam tu . Penat . Then , tiba tiba dengar bunyi something . Aku pun terus bangun . Terpinga-pinga . "Weh , apa nih", aku tanya kawan aku . Then , diorang kata ada fire drill . Shit . Aku tengok jam 12:30am . Aku dengan kelam kabutnya terus grab tudung aku , tak sempat dah nak salin seluar . Aku pakai seluar 3 suku je masa tu . Hihi :)
---------------------------------------------------------------
Wednesday : 25 May 2011
Around 8:30 am ada program serasa-serasi bersama Mentor masing - masing . Diorang ada kasi group . Around 140 groups . Setiap group ada lah lebh kurang 13-20 students kot . Kena check nama satu-satu dekat board . Nasib baik aku dapat group LDK 39 . Tak payah nak check nama lama lama . Then , pergi bilik tutoran 39 and berkenalan lah dengan kawan2 baru . :) Lepas rehat setengah jam , ada taklimat akademik & peperiksaan . Then petang tu ada Ujian Minat Kerjaya with group masing-masing . Around 5pm ada senamrobik at padang . Seriously , bapak lah penatnya . Then , malam ada forum bersama ex students .
---------------------------------------------------------------
Thursday : 26 May 2011
8.00 am ada program with mentor . pasal borang perjanjian apa entah kan . then ada program with fasilitator . Kakak tu bawak we all pergi jalan2 around college . Petang ada taklimat Kokurikulum . Then , kena gotong royong dekat aras masing -masing . Aku kena basuh bilik mandi ! Shit . Dahlah 3 orang je yang sanggup nak basuh bilik mandi including aku lah kan :) Malam ada Forum Pembangunan Modal Insan .
---------------------------------------------------------------
Friday : 27 May 2011
Pagi tu ada Raptai untuk Majlis Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baru . Thank God habis awal raptai tu . Around 10:45 am kot . Diorang suruh balik bilik . Aku apa lagi . straight ke bilik . Pack barang . Ye lah , nak balik kan . Hihi :) Then , terus tidur . Sampai lah pukul 1:00pm . Lepas solat Zohor segala . Terus makan . Kitaorang makan kat blok A cz bersih sikit . macam Blok C bapaklah kotornya . Banyak gila cik LALAT . Takde selera aku nak makan taw . Then , terus ke dewan untuk majlis tu . Okay lah majlis tu . Ada persembahan choir . Diorang nyanyi lagu Gemuruh by Faizal Tahir & Don't Stop Believin . Lagu Don't Stop Believin tu diorang buat ala-ala Glee sikit .Not bad lah walaupun microphone macam rosak kan . Aku cakap dalam hati , menyesalnya tak masuk . Before majlis tu habis , diorang tunjuk one video dari first day . Nice gila vid tu . Macam tengok movie trailer . Hihi. Then dalam 4:30pm macam tu , majlis tu dah habis we all kena ambil kad matrix masing2 . Seiously , hodoh gla gambar . Macam panjang gitu . Dah lah blazer besar . Asal lah dia tak nak ambik gambar Pasport . lawa sikit . Hihih. Then, siap2 terus balik rumah .
so , I just found the link to the vid. Just click here .







































