"" ○|▲ FEEL the VIBES ϟ: Drving class

Sunday, January 2, 2011

Drving class


hari nih bangun tepat pukul 7.00 am . nak tahu kenapa aku bangun awal ? sebab aku kena pergi kursus KPP untuk ambil lesen . dengar ceramah lah . pukul 8.30 bertolak ke tempat yang ceramah tuh dengan Ruby and seorang kawan baru (tak tahu pun nama dia apa, hee..) . Sampai sana , lepas scan cap jari semua , masuk dewan , nampak Najmie (adik iparku) . senyum je lah kan . Mengantuk gila masa tuh . Ye lah kan, tak pernah bangun awal pagi cuti-cuti ni . hee :D lepas tuh rehat , makan nasi , ayam masak merah & air soya . Semua sekali RM5.20 . "Mahal lah pulak" , aku cakap dalam hati je lah . :) Tengok sit ada yang kosong . tapi terpaksa lah berpisah dengan Makcik Ruby . Aku pun duduk je lah sebelah Najmie tuh . Lepas dah habis makan , lepak-lepak kejap sebelum pukul 2 pm . Masuk balik dewan , dengar ceramah sampai pukul 4 . Lepas tuh , kerani panggil semua , suruh buat scan lagi sekali . aku beratur lah . dah sampai turn aku , letak lah jari kat scanner tu kan . tak boleh nak baca . aku tahu , mesti tak boleh nih , sbb jari aku berpeluh ouh masa tu . You know , tangan and kaki aku memang kuat berpeluh , faktor genetik kot . Sepupu aku and Niena pun sama . Kerani tu suruh basuh tangan . aku buat lah scan lagi sekali . tak boleh jugak . cuak jugak lah kan . last - last , dia bagi kad apa entah , kira aku tak payah scan lah . so , aku lah orang yang last sekali buat scan tu . :)

"If you keep on believing, the dream that you wish will come true" - Cinderella